4 October 2013

NUZUL QURAN

NUZUL al- Quran Dan Lailatul Qadar

Sirah<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

               Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

                                          
Oleh;  Dr. Samsu Adabi  Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Malaysia


Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

  Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1.      Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2.      Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3.      Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
 
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
            Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”. 
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap
Kesimpulan     
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu me




 RUJUKAN

ISRAK DAN MIKRAJ

Saban tahun umat Islam menyambut peristiwa bersejarah dan agung iaitu peristiwa Isra’ wal Mikraj.Israk adalah kata terbitan di dalam Bahasa Arab bermaksud ‘perjalanan’ manakala Mikraj pula diertikan dengan ‘naik’. Israk merujuk perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram ke Masjidil al-Aqsa manakala Mikraj ialah naik Rasulullah ke setiap lapisan langit sehinggalah ke Sidratul Muntaha mengadap Rabbul Jalil yang Maha Esa.Peristiwa ini berlaku dalam satu malam seperti firman Allah SWT di dalam permulaan surah Isra.
Para penulis sejarah Islam berbeza pendapat dalam penentuan tarikh berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj. Namun yang penting di sini ialah sejauh manakah umat Islam dapat mengambil ibrah dan panduan dari peristiwa agung ini.
Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti di dalam kitab sirahnya ‘Fiqh Serah’ mengungkapkan ia sebagai Mukjizat Isra’ dan Mikraj. Sudah tentu peristiwa ini punya signifikan dan implimentasi besar dalam sejarah babak-babak perjuangan dakwah dan fasa-fasa perluasan tarbiyah.
Peristiwa ini berlaku di saat dakwah menghadapi tantangan yang cukup hebat dari golongan al-mala’ (pembesar) Quraish. Dakwah ketika itu berada di kemuncak penindasan dan penyeksaan serta komplot jahat pemulauan dan sekatan ekonomi terhadap Jamaah Muslimin . Di tengan –tengah senario itu, terjadinya kematian isteri baginda SAW Khadijah binti al-Khuwailid dan bapa saudaranya Abu Talib yang banyak memberikan perlindungan kepada perjuangan baginda SAW.Ahli Sejarah menamakannya ‘ ‘Am al-Huzni’ – Tahun Kesedihan.
Keadaan ini sedikit sebanyak memberikan impak yang mendalam kepada jiwa baginda, tekanan emosi dan psikologi kepada perjuangan besar ini. Di tambah pula penolakkan total dari penduduk Toif terhadap seruan baginda sehingga baginda dibaling batu oleh kanak-kanak Toif.Namun tarbiyah dan didikan allah berterusan dan merentas sempadan masa. Ada hikmah dan ibrah yang perlu dihayati dan dimengerti khususnya buat para pejuang Islam sejati akan hakikat tariq dakwah ini. Jalan ini sukar dan payah, tidak dihampar permaidani merah, tidak dikalung dengan jambangan bunga dan ditaburi dengan kesenangan dan keselesaan.
Lantaran itu, Allah mahu membangkitkan semangat dan motivasi Ar-Rasul SAW selaku pemimpin dakwah dan harakah bersama para pengikutnya yang sentiasa taat dan iltizam dengan prinsip perjuangan agar terus memiliki momentum dan energi dakwah disebalik suka duka, asam garam, manis pahit dan harga termahal perjuangan yang berkesinambungan ini.Mukjizat Isra dan Mikraj adalah hadiah Allah kepada baginda bagi merefreshkan semula semangat yang lesu, mentajdid tekad dan azam perjuangan, membangkit himmah dan cita-cita bagi memikul gagasan besar dakwah dan perjuangan li ‘ilai kalimatallah hihiyal ‘ulya.
Spirit dan momentum yang diperolehi sepanjang pengembaraan ini (rehlah tarfihiyah) mampu melonjak semangat dakwah dan ruh harakah, mencari ruang-ruang baru dakwah kerana mukjizat ini sarat dengan hikmah, kaya dengan nostalgia dakwah menerusi pertemuan antara beberapa generasi dakwah dari Adam a.s hingga Rasul sebelumnya.Tanda isyarat kesinambungan dakwah dan risalah. Begitu juga kaitan di antara dua masjid yang menjadi teras kesatuan akidah antara dua zuriat pewaris nabi, zuriat Adam a.s ( Bani Israel) dan zuriat Ibrahim a.s, babak-babak dan gelagat manusia serta penerimaan amanah agung dihadapan allah akan beban ‘solat’.
Momentum inilah akan memberikan ufuk baru kepada perjuangan baginda bahawa dakwah harus dipacu, perjuangan perlu menempuh khalayak manusia , penjaringan dakwah yang luas dan bahtera dakwah perlu dikemudi sehingga visi dan misi direalisasi.
Apa yang boleh kita gali dan singkapi dari makna-makna dakwah dan entri-entri perjuangan menerusi mukjizat Isra’ dan Mikraj ini ialah :
  • Rehlah Israk dan Mikraj merupakan satu uslub dan wasilah tarbiyah allah kepada baginda Rasulullah SAW bagi menyegar dan membugar perjuangan dakwah. Ketika da’ie berasa lesu dan lemah, maka wasilah ‘jaulah’ adalah kaedah terbaik bagi mengembalikan semangat ini, menimba pengalaman dari qudama’, menenangkan perasaan dan sebagainya.
  • Da’ie perlu disuntik semangat dan himmah agar momentum dakwah dan tarbiyah sentiasa hidup. Pemimpin dakwah, para murabbi hendaklah meniupkan api perjuangan, menggugah perasaan dan membina zon pro-aktif agar tenaga du’at sentiasa berkekalan dan meningkat.
  • Dakwah ini adalah taurith (pewarisan) sebagaimana Rasulullah bertemu dengan para nabi terdahulu, mengambil semangat daripada mereka serta memimpin jamaah solat mereka.
  • Rehlah dan jaulah ini adalah satu tajdid keazaman dan himmah selepas melewati pelbagai cabaran dan hambatan di jalan dakwah. Ia mengingatkan baginda bahawa dakwah ini adalah hak milik allah dan manusia adalah pemegang amanahnya. Segala ujian dan dugaan bukanlah tanda kemurkaan allah tetapi menjelaskan bahawa sunnah dakwah tidak lari dari mehnah. Rehlah ini sebenarnya ubat penenang dan dos penyegar psikologi jiwa baginda. Kesantaian dan keseronokan dalam pengembaraan ini mengembalikan kekuatan baginda dan menghilangkan kekusutan difikiran baginda s.a.w.
  • Tazkiyah an-nafs (penyucian jiwa) penting dalam proses tarbiyah. Untuk bertemu dan mengadap allah, maka para da’ie perlu memiliki jiwa yang bersih dan suci kerana perjalanan ini adalah perjalanan hati menuju kepada allah. Bagaimana kita ingin bertemu allah, sedangkan jiwa kotor dengan dosa dan noda. Trilog tarbiyah ini adalah terdiri dari tiga kalimah : tilawah-tazkiyah-taklim. Di samping itu kita tidak lupa persoalan solat yang menjadi tiang utama Islam. Kewajipan solat mesti dititik berat sebagai wahana pembentukan peribadi muslim dan peribadi da’ie. Solat dapat meningkat ruhiyyah sang Da’ie, padanya kuantum dan momentum.
  • Isu Palestin merupakan isu utama dan teras dalam perjuangan dakwah. Para da’ie perlu menguasai topik ini, mendalami perjuangan Palestin, mewar-warkannya kepada umat Islam dan menjadikannya sebagai agenda penting dakwah. Ini kerana cabaran terbesar dan musuh utama dakwah ini ialah Yahudi yang melakukan makar kepada umat Islam.
  • Dalam perjalanan dakwah ini, kita amat-amat memerlukan bekalan dan bimbingan dari allah, didikan rabbaniyah. Kelangsungan tarbiyah inilah yang menjadikan para da’ie tidak terjebak dari gejala futur dan gugur disepanjang jalan. Tarbiyah menjadi teras dan asas kepada perjuangan. Nabi SAW sentiasa dibimbing dan dididik biar apa jua kesulitan yang menimpa dan kesenangan yang diterima. Senang susah adalah warna-warna perjuangan dan tarbiyah rabbaniyah.
  • Dalam pengoperasian tarbiyah dan dakwah, kita mesti melihat masa depan dengan penuh optimistik, perlu ada fiqh tanabbu’ ( kajian masa depan) agar hala tuju dakwah sampai sasarannya. Kejayaan awal setelah berlaku mukjizat ini ialah peluang dakwah kepada penduduk Yathrib meskipun orang-orang kafir Quraish menolak untuk mempercayainya.
  • Teknologi dakwah perlu dikembangkan dan diinovasikan sebagaimana allah menghubungkan peristiwa ini dengan cakrawala, merentas langit, galaksi dan sains angkasa lepas. Ini menunjukkan dakwah kita perlu memanfaatkan teknologi siber dan ICT, mewujudkan web, akses internet sesuai dengan kepesatan teknologi satelit dan pengaruh globalisasi.
RUJUKAN

HIJRAH

Hijrah yang berarti perpindahan dianggap sebagai salah satu ibadah dengan nilai pahala yang tinggi. Dalam banyak ayat al-Quran Allah Swt menjelaskan kemuliaan ibadah ini dan menjanjikan ganjaran yang berlipat ganda kepada mereka yang berhijrah. Sebab, selain kesulitan yang dihadapi seorang muhajir baik kesulitan karena meninggalkan negeri asal, kesulitan di negara baru dan banyak hal lain, hijrah juga dimaksudkan untuk menjaga dan memelihara agama dan risalah ilahi yang terakhir ini.

Hijrah Nabi ke Madinah

ALI MENGGANTIKAN TIDUR RASULULLAH SAW

Quraisy berencana membunuh Muhammad, karena dikuatirkan ia akan hijrah ke Madinah. Ketika itu kaum Muslimin sudah tak ada lagi yang tinggal kecuali sebagian kecil. Ketika perintah dari Alloh SWT datang supaya beliau hijrah, beliau meminta Abu Bakar supaya menemaninya dalam hijrahnya itu. Sebelum itu Abu Bakar memang sudah menyiapkan dua ekor untanya yang diserahkan pemeliharaannya kepada Abdullah bin Uraiqiz sampai nanti tiba waktunya diperlukan.

Pada malam akan hijrah itu pula Muhammad membisikkan kepada Ali bin Abi Talib supaya memakai mantelnya yang hijau dari Hadzramaut dan supaya berbaring di tempat tidurnya. Dimintanya supaya sepeninggalnya nanti ia tinggal dulu di Mekah menyelesaikan barang-barang amanat orang yang dititipkan kepadanya. Demikianlah, ketika pemuda-pemuda Quraisy mengintip ke tempat tidur Nabi Muhammad Saw, mereka melihat sesosok tubuh di tempat tidur itu dan mengira bahwa Nabi Saw masih tidur.

DI DALAM GUA TSUR

Rasullah (SAW) dan Abu Bakar (RA) tinggal di dalam goa Tsur pada hari Jum’at, Sabtu, dan Ahad. Selama itu, berlangsung pertolongan bagi mereka berdua.

1. Abdullah bin Abu Bakar (RA) mendatangi goa pada malam hari dan menyampaikan berita perihal berbagai rencana dan kegiatan orang-orang kafir kepada mereka berdua. Sebelum fajar ia sudah kembali ke Makkah sehingga seolah-olah ia selalu berada di Makkah.

2. Amar bin Fuhairah menggiring domba-domba gembalaannya ke dalam goa pada malam hari sehingga Rasulullah (SAW) dan Abu Bakar (RA) bisa minum susu domba hingga cukup kenyang. Amar menggiring kembali domba-dombanya ke Makkah sebelum fajar selang beberapa waktu setelah Abdullah bin Abu Bakar kembali ke Makkah, dengan demikian jejak kaki Abdullah terhapus oleh jejak domba-domba itu.

3. Abdullah bin Ariqat Laitsi, seorang kafir yang dapat dipercaya dan bekerja sebagai pemandu yang diupah oleh Abu Bakar (RA) datang ke goa ini, setelah hari ke-tiga, membawa dua ekor onta.

4. Pada waktu itu Abu Bakar (RA) menawarkan satu dari onta itu kepada Nabi (SAW) sebagai hadiah. Namun beliau (SAW) memaksa membeli onta itu. Abu Bakar (RA) pun akhirnya bersedia menerima pembayaran sebesar empat ratus dirham untuk onta itu. Onta inilah yang kemudian dikenal sebagai onta Rasulullah (SAW) yang dinamai Quswa.

5. Dengan dipandu oleh Abdullah bin Ariqat, mereka berdua memulai perjalanan menuju Madinah. Amar juga menyertai perjalanan mereka.

SURAQA

Ketika itu Quraisy mengadakan sayembara, barangsiapa bisa menyerahkan Muhammad akan diberi hadiah seratus ekor unta. Mereka sangat giat mencari Rasululloh Saw. Ketika terdengar kabar bahwa ada rombongan tiga orang sedang dalam perjalanan, mereka yakin itu adalah Muhammad dan beberapa orang sahabatnya. Suraqa b. Malik b. Ju’syum, salah seorang dari Quraisy, juga ingin memperoleh hadiah seratus ekor unta. Tetapi ia ingin memperoleh hadiah seorang diri saja. Ia mengelabui orang-orang dengan mengatakan bahwa itu bukan Muhammad. Tetapi setelah itu ia segera pulang ke rumahnya. Dipacunya kudanya ke arah yang disebutkan tadi seorang diri.

Demikian bersemangatnya Suraqa mengejar Nabi Muhammad Saw hingga kudanya dua kali tersungkur ketika hendak mencapai Nabi. Tetapi melihat bahwa ia sudah hampir kedua orang itu, ia tetap memacu kudanya karena rasanya Muhammad sudah di tangan. Akan tetapi kuda itu tersungkur sekali lagi dengan keras sekali, sehingga penunggangnya terpelanting dari punggung binatang itu dan jatuh terhuyung-huyung dengan senjatanya. Suraqa merasa itu suatu alamat buruk jika ia bersikeras mengejar sasarannya itu. Sampai di situ ia berhenti dan hanya memanggil-manggil:

“Saya Suraqa bin Ju’syum! Tunggulah, saya mau bicara. Saya tidak akan melakukan sesuatu yang akan merugikan tuan-tuan.” Setelah kedua orang itu berhenti melihat kepadanya, dimintanya kepada Muhammad supaya menulis sepucuk surat kepadanya sebagai bukti bagi kedua belah pihak. Dengan permintaan Nabi, Abu Bakr lalu menulis surat itu di atas tulang atau tembikar yang lalu dilemparkannya kepada Suraqa. Setelah diambilnya oleh Suraqa surat itu ia kembali pulang. Sekarang bila ada orang mau mengejar Nabi Saw, maka dikaburkan olehnya, sesudah tadinya ia sendiri yang mengejarnya.

SEJARAH KISAH HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH


Selama tujuh hari terus-menerus rombongan Rasululloh Saw berjalan, mengaso di bawah panas membara musim kemarau dan berjalan lagi sepanjang malam mengarungi lautan padang pasir dengan perasaan kuatir. Hanya karena adanya iman kepada Alloh Swt membuat hati dan perasaan mereka terasa lebih aman. Ketika sudah memasuki daerah kabilah Banu Sahm dan datang pula Buraida kepala kabilah itu menyambut mereka, barulah perasaan kuatir dalam hatinya mulai hilang. Jarak mereka dengan Madinah kini sudah dekati.

Selama mereka dalam perjalanan yang sungguh meletihkan itu, berita-berita tentang Hijrah Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya yang akan menyusul kawan-kawan yang lain, sudah tersiar di Madinah. Penduduk kota ini sudah mengetahui, betapa kedua orang ini mengalami kekerasan dari Quraisy yang terus-menerus membuntuti. Oleh karena itu semua kaum Muslimin tetap tinggal di tempat itu menantikan kedatangan Rasululloh dengan hati penuh rindu ingin melihatnya, ingin mendengarkan tutur katanya. Banyak di antara mereka itu yang belum pernah melihatnya, meskipun sudah mendengar tentang keadaannya dan mengetahui pesona bahasanya serta keteguhan pendiriannya. Semua itu membuat mereka rindu sekali ingin bertemu, ingin melihatnya.

MASYARAKAT MADINAH


Tersebarnya Islam di Madinah dan keberanian kaum Muslimin di kota itu sebelumhijrah Nabi ke tempat tersebut sama sekali di luar dugaan kaum Muslimin Mekah. Beberapa pemuda Muslimin bahkan berani mempermainkan berhala-berhala kaum musyrik di sana. Seseorang yang bernama ‘Amr bin’l-Jamuh mempunyai sebuah patung berhala terbuat daripada kayu yang dinamainya Manat, diletakkan di daerah lingkungannya seperti biasa dilakukan oleh kaum bangsawan. ‘Amr ini adalah seorang pemimpin Banu Salima dan dari kalangan bangsawan mereka pula. Sesudah pemuda-pemuda golongannya itu masuk Islam malam-malam mereka mendatangi berhala itu lalu di bawanya dan ditangkupkan kepalanya ke dalam sebuah lubang yang oleh penduduk Madinah biasa dipakai tempat buang air.

Bila pagi-pagi berhala itu tidak ada ‘Amr mencarinya sampai diketemukan lagi, kemudian dicucinya dan dibersihkan lalu diletakkannya kembali di tempat semula, sambil ia menuduh-nuduh dan mengancam. Tetapi pemuda-pemuda itu mengulangi lagi perbuatannya mempermainkan Manat ‘Amr itu, dan diapun setiap hari mencuci dan membersihkannya. Setelah ia merasa kesal karenanya, diambilnya pedangnya dan digantungkannya pada berhala itu seraya ia berkata: “Kalau kau memang berguna, bertahanlah, dan ini pedang bersama kau.” Tetapi keesokan harinya ia sudah kehilangan lagi, dan baru diketemukannya kembali dalam sebuah sumur tercampur dengan bangkai anjing. Pedangnya sudah tak ada lagi.

Sesudah kemudian ia diajak bicara oleh beberapa orang pemuka-pemuka masyarakatnya dan sesudah melihat dengan mata kepala sendiri betapa sesatnya hidup dalam syirik dan paganisma itu, yang hakekatnya akan mencampakkan jiwa manusia ke dalam jurang yang tak patut lagi bagi seorang manusia, ia pun masuk Islam.

MESJID QUBA'

Ketika rombongan Rasululloh Saw sampai di Quba’, mereka tinggal empat hari ia di sana dan membangun mesjid Quba’. Di tempat ini Ali b. Abi-Talib ra menyusul, setelah mengembalikan barang-barang amanat – yang dititipkan oleh rasululloh Saw – kepada pemilik-pemiliknya di Mekah. Ali ra menempuh perjalanannya ke Madinah dengan berjalan kaki. Malam hari ia berjalan, siangnya bersembunyi. Perjuangan yang sangat meletihkan itu ditanggungnya selama dua minggu penuh, yaitu untuk menyusul saudara-saudaranya seagama.

SAMPAI DI MADINAH

Demikanlah akhirnya rombongan Rosululloh selamat sampai Madinah. Hari itu adalah hari Jum’at dan Muhammad berjum’at di Madinah. Di tempat itulah, ke dalam mesjid yang terletak di perut Wadi Ranuna itulah kaum Muslimin datang, masing-masing berusaha ingin melihat serta mendekatinya. Mereka ingin memuaskan hati terhadap orang yang selama ini belum pernah mereka lihat, hati yang sudah penuh cinta dan rangkuman iman akan risalahnya, dan yang selalu namanya disebut pada setiap kali sembahyang. Orang-orang terkemuka di Medinah menawarkan diri supaya ia tinggal pada mereka.

Setiba Rasulullah (SAW) di Madinah, onta beliau (Quswa) duduk di lahan terbuka di dekat rumah Abu Ayyub Ansari (RA). Maka beliau (SAW) pun menetap di tempat itu sampai terselesaikannya pendirian Masjid Nabawi dan sebuah tempat berteduh untuk beliau. Seluruh sahabat bersama-sama Nabi (SAW) juga secara langsung turun tangan dalam pembangunan Masjid Nabawi, sebagaimana juga mereka melakukan bersama-sama dalam pembangunan Masjid Quba’.

Beberapa hari kemudian, istri Nabi (SAW); Saudah (RA); dua putri beliau Fatimah (RA) and Ummu Kulsum (RA), Usamah bin Zaid (RA), ‘Aisyah (RA) dan Ummu Aiman (RA) juga menyusul hijrah ke Madinah dibawah kawalan Abdullah bin Abu Bakar (RA). Adapun putri beliau seorang lagi, Zainab (RA), baru diijinkan hijrah ke Madinah setelah terjadi peperangan Badar.

Di Madinah, Rasulullah (SAW) memanjatkan doa (yang artinya) sebagai berikut, “Wahai Allah, jadikanlah kami mencintai Madinah sebagaimana kami mencintai Makkah, atau bahkan lebih dari itu. Kami mohon, jadikanlah iklimnya menyehatkan bagi kami. Tambahkanlah keberkahan didalam takaran (shaq dan mud) kami, dan pindahkanlah panasnya Madinah hingga ke Juhfah.” Allah (SWT) mengabulkan doa beliau dan beliaupun menetap di Madinah karena begitu cintanya beliau terhadap kota ini. (Bukhari).

ARTI PENTING HIJRAH

Hijrah telah membawa akibat-akibat yang lebih jauh:

1. Dari peristiwa ini, terjadi perubahan sosial. Islam sebagai sebuah kelompok/golongan didalam masyarakat telah berkembang menjadi sebuah kesatuan Ummat Islam. Maka sirnalah diskriminasi atas dasar warna kulit, kredo, ataupun kekayaan. Semua Muslim setara/egaliter.

2. Menurut para ahli sejarah Muslim, Rasulullah (SAW) tiba di Quba‘ pada tanggal 16 Juli 632 M. yang mana berada dalam bulan Muharram, dari sinilah dimulainya perhitungan kalender Hijriyah.

3. Adalah di Madinah, diletakkan dasar-dasar khilafah (pemerintahan) Islam. Peristiwa bersejarah berupa perjanjian-perjanjian yang dibuat bersama dengan kelompok Yahudi dan beberapa suku yang lain menjadi panduan bagi generasi-generasi yang kemudian.

4. Diantara sekian banyak sahabat Nabi (SAW), beliau memilih Abu Bakar (RA) sebagai teman dalam perjalanan hijrah. Hal ini di abadikan didalam Al-Quran, Surah At-Taubah. Ini merupakan penghargaan paling utama bagi Abu Bakar (RA).

5. Setiap orang yang berpola-pikir adil dan terbuka, dari tulisan ini dapat mengambil kesimpulan bahwa Abu Bakar (RA) telah memiliki peranan yang amat penting dalam peristiwa Hijrah. Maka sungguh amat menyedihkan bahwasanya sebagian orang masih menilai secara tidak adil terhadap diri sahabat yang demikian dihormati ini.

RUJUKAN

http://www.kumpulansejarah.com/2013/01/sejarah-kisah-hijrah-nabi-muhammad-saw.html



Tuesday, 26 June 2012

KISAH PERJALANAN HIJRAH RASULULLAH


     Ketika Islam diterima dengan baik oleh masyarakat Madinah, Rasulullah kemudian mengizinkan umat Islam yang ada di Makkah untuk berhijrah. Para sahabat pun segera mempersiapkan diri. Orang pertama yang dicadangkan berangkat adalah Abu Salamah bin Abdul Saat dan isterinya Hindun binti Abi Umayyah (Ummu Salamah). Namun takdir Allah menentukan lain, Ummu Salamah bertahan di Makkah. Namun akhirnya dia keluar satu tahun kemudian bersama puteranya Salamah diiringi Utsman bin Abi Thalhah yang ketika itu belum masuk Islam.

     Sedikit demi sedikit, kaum Muslimin meninggalkan Makkah hingga tidak ada yang tinggal di Bandar itu kecuali beberapa orang termasuk Rasulullah, Abu Bakar, dan Ali bin Abi Talib Dan keduanya menunggu perintah Rasulullah yang juga sedang menunggu perintah Allah bila masa yang sesuai keluar meninggalkan Makkah.

     Pihak Musyrikin yang mengetahui para sahabat Rasulullah telah pergi membawa harta, anak, dan isteri mereka ke negeri Aus dan Khazraj (Madinah), meyakini bahawa negeri tersebut akan membela dan melindungi Rasulullah. Oleh itu mereka khuatir, jika Rasulullah kemudiannya menyusul, nescaya umat Islam akan mempunyai kekuatan. Maka sebelum hal itu terjadi, mereka bersepakat untuk membunuh Rasulullah.

     Suatu siang, datanglah Rasulullah ke rumah Abu Bakar dan “Keluarkanlah siapa pun yang ada di rumahmu.” Kata Abu Bakar, ‘Mereka adalah keluargamu juga, wahai Rasulullah.” Rasulullah berkata, “Allah telah mengizinkan saya keluar.”

     Abu Bakar berkata, “Saya yang akan menyertaimu, wahai Rasulullah?” Kata Rasulullah, “Ya.” Kemudian Abu Bakar mengatakan, “Ambillah salah satu kenderaanku ini, demi bapak dan ibuku tebusanmu.“

     Rasulullah berkata, “Dengan harga.” Aisyah menceritakan, “Kemudian kami mempersiapkan segala sesuatu untuk bekal pemergian Rasulullah dan Abu Bakar. Asma binti Abi Bakar memotong kain pinggangnya menjadi dua bahagian, satu untuk mengikat pinggang dan yang lain untuk membawa bekal tersebut. Dan sejak itu dia dikenali Dzatu Nithaqain (Perempuan yang Memiliki Dua Ikat Pinggang).

     Ibnul Qayyim mengisahkan (Zadul Ma’ad 3/54), Al-Hakim (dalam Al-Mustadrak) dari Umar, menceritakan bahawa Rasulullah dan Abu Bakar berangkat menuju gua Tsur. Dalam perjalanan itu, kadang-kadang Abu Bakar berjalan di depan, kadang di belakang Rasulullah. Melihat hal ini, Rasulullah bertanya, dan Abu Bakar menjawab, “Wahai Rasulullah, kalau saya teringat pengintai dari depan, saya sengaja berjalan di depan, kalau saya ingat kepada para pengejar, maka saya berjalan di belakang.”

     Kata Rasulullah, “Apakah kau ingin jika terjadi sesuatu, engkau yang mengalaminya, bukan aku?” Kata Abu Bakar, “Ya.” Demikianlah, keduanya sampai dan bersembunyi di dalam gua. Sementara orang-orang kafir Quraisy yang kehilangan jejak, menyebarkan para pencari jejak hingga ke mulut gua. Ketika itu Abu Bakar berkata sebagaimana disebutkan dalam hadis Anas bin Malik, “Wahai Rasulullah, seandainya salah seorang dari mereka melihat ke bawah, nescaya mereka melihat kita.”

     Rasulullah r bersabda, “ Bagaimana menurutmu dengan (keadaan) dua orang di mana Allah adalah yang ketiganya. Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita,” (Sahih, Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

     Didalam Sahih Al-Bukhari disebutkan bahawa Abdullah bin Abi Bakar selalu bermalam di gua bersama Rasulullah dan Abu Bakar. Dia seorang pemuda yang cerdik. Sebelum fajar dia sudah berkumpul kembali di tengah orang-orang kafir Quraisy untuk mendengar berita daripada mereka dan menyampaikannya kepada Rasulullah dan Abu Bakar. Sementara salah seorang bekas budak yang dimerdekakan Abu Bakar, Amir bin Fuhairah senantiasa menggembala kambingnya di sekitar gua dan memerahkan susu untuk Rasulullah dan Abu Bakar. Demikianlah hal ini berjalan selama tiga malam.

Kisah Suraqah bin Malik

      Setelah berusaha mencari ke seluruh pelosok Makkah, kaum Quraisy tidak juga menemukan Rasulullah dan Abu Bakar. Akhirnya, mereka membuat peraduan, barang siapa yang Berjaya membawa Rasulullah dan Abu Bakar hidup atau mati, akan diberi hadiah. Manakala Rasulullah dan Abu Bakar mulai meningglkan Makkah menyusuri tepi pantai menuju Madinah.

     Sesampai di daerah Bani Mudlij, seseorang melihat mereka dan melaporkan kepada Suraqah bin Malik bin Ju’syum. Berita ini ditolak oleh Suraqah, Namun secara senyap-senyap dia memerintahkan budaknya membawa kuda dan tombak keluar dari belakang rumah (dan disuruh) menunggu di balik gunung.

     Setelah itu, dia memacu kudanya mengejar Rasulullah dan Abu Bakar. Abu Bakar yang mengetahuinya berkata, Ya Rasulullah, lihat Suraqah bin Malik mengikuti kita.” Rasulullah pun berdoa. Akhirnya kuda Suraqah beberapa kali tersungkur. Kemudian dia berputus asa, lalu meminta Rasulullah dan Abu Bakar berhenti. Setelah bercakap dengan Rasulullah, Suraqah meminta dituliskan perjanjian persefahaman. Persefahaman itu dipegangnya hingga peristiwa Fathuh Makkah.

     Suraqah kemudian menyerahkan tambahan bekalan makanan kepada Rasulullah, namun Rasulullah menolak secara halus sambil mengatakan, “Tidak. Tapi alihkan perhatian para pengejar dari kami.” Maka setelah itu setiap kali bertemu dengan para pencari jejakrombongan Rasulullah, Suraqah selalu mengatakan: “Saya sudah mencari maklumat dan tidak terlihat yang kalian cari.’

     Demikianlah, awalnya dia berusaha menangkap Rasulullah dan Abu Bakar, namun akhirnya dia menjadi pelindung.

Kisah Ummu Ma’bad

      Ibnul Qayyim menceritakan; “Rombongan Rasulullah meneruskan perjalanan dan singgah di kemah Ummu Ma’bad, yang tinggal di padang pasir (dan suka) memberi makan dan minum para musafir yang singgah di tempatnya.” Rombongan singgah di sana dan menanyakan apa gerangan yang dimilikinya. Ummu Ma’bad mengatakan tidak ada kecuali kambing yang jauh dari tempat gembala. Seterusnya Rasulullah minta izin untuk memerah susunya. Ummu Ma’bad pun mengizinkan.

     Rasulullah dengan menyebut nama Allah, mengusap susu kambing tersebut lalu berdoa. Memancarlah susu kambing itu yang kemudian ditampung dalam sebuah bejana. Baginda menyuruh Ummu Ma’bad minum, setelah itu para sahabatnya, baru kemudian baginda sendiri. Setelah semua puas, baginda memenuhi bejana itu kembali dan meninggalkannya di sana, kemudian meneruskan perjalanan. Tidak lama kemudian, Abu Ma’bad suami Ummu Ma’bad pulang dan terhairan-hairan melihat bejana yang penuh dengan air susu. Dia bertanya dari mana ini susu itu datangnya? Ummu Ma’bad mengatakan bahawa baru saja singgah seorang lelaki penuh berkat dengan sifat demikian dan demikian. Mendengar keterangan isterinya, Abu Ma’bad segera meyakini bahawa orang itulah yang dicari-cari kaum Quraisy. Dan dia bertekad seandainya mempunyai peluang akan menemui lelaki itu.

Tiba di Madinah

      Orang-orang Ansar yang mendengar berita keluarnya Rasulullah dari bandar Dan Makkah berusaha untuk menanti. Setiap hari dari pagi hingga matahari meninggi, mereka menunggu kedatangan rombongan Rasulullah di pinggiran bandar. Namun setelah beberapa hari, yang ditunggu belum juga tampak.

     Pada hari ke-12 bulan Rabi’ul Awwal, mereka menunggu seperti biasa. Ketika matahari mula terik, mereka pun bersiap untuk kembali ke rumah masing-masing. Seorang Yahudi yang ketika memanjat rumahnya untuk suatu keperluan, melihat bayangan dari jauh dan tidak dapat menahan dirinya. Dengan lantang dia berteriak bahawa yang ditunggu-tunggu telah datang.

     Mendengar hal itu, orang-orang Ansar bergegas menyandang senjata dan menuju ke pinggiran bandar menyambut rombongan Rasulullah. Kaum muslimin bertakbir gembira dengan kedatangan rombongan Rasulullah ini. Mereka menyambut dengan penuh kehormatan menurut syariat Islam. Setelah melalui pelbagai rintangan, Rasulullah bersama rombongan akhirnya berjaya memasuki bandar Madinah.

Masjid Pertama

Ketika Rasulullah sampai di Madinah, sebenarnya kaum muslimin di Madinah masih ramai yang belum mengenali Rasulullah dan Abu Bakar Ash-Shiddiq. Selepas melihat seseorang melindung seorang yang lain daripada terik matahari, mereka mengenai yang dilindungi itu adalah Rasulullah.

     Rasulullah singgah di Quba, tempat Kultsum bin Al-Hidmi di perkampungan Bani ‘Amr bin ‘Auf selama beberapa hari dan mulai membangun Masjid Quba. Inilah masjid pertama yang dibangunkan sejak baginda tiba di Madinah.

     Terjadi perbezaan pendapat di kalangan para ulama, masjid apa yang pertama dibangun di atas dasar ketakwaan, Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan adalah Masjid Quba, dan ini diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Adh-Dhahhak, dan Al-Hasan. Mereka berpegang kepada kalimat : 9sejak hari pertama) ; Masjid Quba adalah yang pertama kali dibangunkan di Madinah sebelum Masjid Rasulullah (Masjid Nabawi).

     Demikian juga pendapat Ibnu ‘Umar, Sai’d bin Musayyab, dan Al-Imam Malik menurut riwayat Ibnu Wahb, Asyhab, dan Ibnul Qasim. Setelah menukilkan beberapa hadis, Al-Imam Al-Qurthubi dalam Tafsir-nya mengatakan bahawa hadis ini menunjukkan bahawa masjid yang dimaksud adalah Masjid Quba. Dan ini pula pendapat Asy-Syaikh Abdurrahman As Sa’di dalam At-Taisir.

     Namun ada pula yang mengatakan, masjid itu adalah Masjid Nabawi. Al-Imam At-Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri tentang dua orang sahabat yang berdebat tentang masjid yang dimaksudkan dalam ayat ini, kemudian disampaikan kepada Rasulullah, dan kata baginda : “ Itu adalah Masjidku.” Al-Imam At-Tirmidzi berkata bahawa hadis ini sahih. Ibnu Katsir menerangkan bahawa susunan ayat ini menggambar Masjid Quba, kemudian beliau meneruskan, dengan menukilkan riwayat Al-Imam At-Tirmidzi dari hadis Abu Said Al-Khudri sebelumnya, dan berkata : Ini sahih, dan tidak ada pertentangan antara ayat dengan hadis tersebut. Kerana kalau Masjid Quba dianggap sebagai masjid pertama yang didirikan di atas dasar ketakwaan, maka Masjid Rasulullah tentunya lebih utama dan lebih layak.” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir,2/474, dan Tafsir Al-Qurthubi).

     Semasa sampai di Madinah, beberapa orang sahabat cuba memegang tali unta baginda dan menuntunnya dengan niat mengajak baginda singgah di tempatnya. Tapi Rasulullah memerintahkan agar dibiarkan kerana untanya diperintah oleh Allah. Akhirnya, rombongan tiba di lokasi masjid yang sekarang ini.

     Ibnul Qayyim mengisahkan bahawa Al-Imam Az-Zuhri menceritakan, beberapa kali unta Rasulullah berputar dan akhirnya kembali di tempat dia menderum pertama kali. Rasulullah turun dan segera disambut oleh Abu Ayyub, yang masih mempunyai hubungan kekeluargaan dari Bani Najjar. Tanah lokasi masjid itu sebetulnya milik dua anak yatim Sahl dan Suhail yang diasuh As’ad bin Zuharah. Rasulullah membeli tanah itu dari keduanya untuk didirikan masjid di atasnya.

     Setelah membersihakn tanah itu dari kuburan orang Islamdan pohon-pohon gharqad, mulailah tanah itu diratakan. Beberapa batang kurma ditebang dan disusun di arah kiblat masjid. Ukuran panjangnya (dari kiblat sampai ke belakang) ketika itu sekitar 100 hasta (kira-kira 50 meter). Begitu pula kedua sisinya, hampir sama. Sedangkan tapak asasnya sekitar tiga hasta yang kemudian dibina dengan bata.
    
     Rasulullah tidak duduk diam semasa pembinaan masjid ini dilakukan. Baginda bahkan ikut mengangkat dan memindahkan tanah. Ketika itu, kiblat masih menghadap Baitul Maqdis (Masjidil Aqsha). Atap masjid dibina menggunakan pelepah-pelepah kurma. Setelah itu baru dibangunkan rumah untuk isteri-isteri baginda.

Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar

      Seterusnya Rasulullah mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar di rumah Anas bin Malik. Ketika itu mereka berjumlah 90 orang. Mereka dipersaudarakan atas persamaan, saling mewarisi sampai terjadinya peristiwa Badar.

     Setelah Allah SWT menurunkan ayat : “ Dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris mewarisi) di dalam kitab Allah…” (Al-Anfal: 75)

     Maka pewarisan dikembalikan kepada hubungan darah dan tidak lagi berdasarkan ukhuwah diniyyah. Ibnu Katsir menerangkan dalam Tafsir-nya bahawa ayat ini menyatakan pewarisan diantara sesame kerabat lebih utama daripada saling mewarisi antara Muhajirin dan Ansar. Ayat ini menasikh (menghapus) hokum warisan sebelumnya yang berdasarkan hilf (perjanjian) persaudaraan yang terjadi diantara mereka.
    
     Kemudian Ibnu Katsir menukilkan riwayat dari Az-Zubair bin Al-‘Awwam yang dipersaudarakan dengan Kaab bin Malik, bahawa seandainya Kaab bin Malik meninggal dunia ketika itu, dialah yang akan mewarisinya. Lalu turunlah ayat dibawah. Begitu eratnya persaudaraan ini, Allah SWT menceritan tentang keadaan ini dalam firman-Nya.

     “Dan orang-orang yang telah menempati Bandar Madinah dan telah beriman (yakni kaum Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam  hati mereka terhadap apa-apa yang diberiakn kepada mereka (orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara daripada kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung,” (Al-Hasyr: 9)

     Ibnu Katsir menerangkan dalam Tafsirnya : “Allah memuji orang-orang Ansar, menjelaskan betapa tinggi kedudukan, kemuliaan, kemurahan, tidak adanya kedengkian pada diri mereka, dan mereka mempunyai sikap suka mengutamakan serta mendahulukan kepentingan orang lain daripada diri mereka sendiri meskipun mereka sangat memerlukan.”

     Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan pula betapa mereka mencintai orang-orang Muhajirin yang dating ke tempat mereka, yang kesemuanya itu didorong oleh kemuliaan peribadi meeka. Mereka tidak mendapatkan dalam diri mereka kedengkian terhadap kedudukan dan kemuliaan orang-orang Muhajirin, meskipun mereka disebut oleh Allah pertama kali (dalam ayat tersebut). Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas bin Malik : “Rasulullah mengundang orang-orang Ansar untuk dibagikan kepada mereka harta Bahrain, namun mereka berkata : “Tidak, kecuali kalau engkau bagikan pula seperti itu kepada saudara-saudara kami kaum Muhajirin. Atau tidak sama sekali .’ Rasulullah berkata: Kalau begitu bersabarlah, sampai kalian bertemu denganku. Kerana sesungguhnya kalian akan dapati adanya atsarah (sikap pemimpin yang mengutamakan diri sendiri) sepeninggalku.”

     Berkaitan dengan ayat tadi, disebutkan pula oleh Ibnu Katsir bagaimana para sahabat Ansar mendahulukan kepentingan orang lain daripada diri mereka sendiri. Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan : “Abu Hurairah menceritakan: “Ada seorang laki-laki dating menemui Rasulullah, kemudian baginda perintahkan supaya menemui isteri-isteri baginda. Namun kata mereka : ‘Kami tidak punya sesuatu kecuali air (minum).’ Kemudian Rasulullah berkata : ‘Siapa yang menjamu tamu ini?’ Tiba-tiba seorang sahabat Ansar berkata : ‘Saya, wahai Rasulullah.’ Maka berangkatlah dia membawanya ke rumah Sahabat Ansar ini berkata kepada isterinya : ‘Muliakan (jamulah) tamu Rasulullah ini.’

     Wanita itu berkata, ‘Kita tidak punya apa-apa kecuali makanan untuk anak-anak.’ Suaminya berkata, ‘Siapkan makananmu itu, perbaiki pelitamu dan tidurkan anak-anakmu. Kalau mereka minta makan, alihkan perhatian mereka.’

     Wanita itu melaksanakan perintah suaminya, dia mulai menidurkan anak-anak dan menyiapkan makanan dan berdiri seakan-akan mahu memperbaiki pelita lalu memadamkannya. Mereka pun berbuat seoalah-olahmemperlihatkan kepada tamunya itu bahawa mereka juga ikut makan bersamanya.

     Setelah itu meeka berdua tertidur menahan lapar. Keesokan harinya ketika laki-laki yang menyediakan jamuan itu menemui Rasulullah, baginda berkata : ‘Allah tertawa melihat perbuatan kalian terhadap tamu kalian tadi malam.’

     Maka Allah menurunkan firman-Nya: ‘…dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.’ Rasulullah telah mengingatkan pula sebagaimana dalam hadis Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim:
     “Tidak (sempurna) iman salah seorang dari kalian, sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa-apa yang dicintainya untuk dirinya sendiri.”

     “Seorang mukmin dengan mukmin lainnya bagaikan bangunan yang kukuh, saling menguatkan satu sama lain. Pelbagai kisah tentang persaudaraan Muhajirin dan Ansar yang telah dicontohkan oleh generasi terbaik umat ini, dinukilkan dalam pelbagai kitab sejarah, tafsir dan lainnya. Namun sejauh mana kita berusaha menerapkannya dalam kehidupan kita di zaman di mana persaudaraan dan hubungan kasih saying diikat dan dinilai dengan material, harta benda dunia?

     Saban tahun kita didedahkan dengan peristiwa Hijrah Rasulullah yang penuh dengan kegigihan, kecekalan dan kesantunan. Semoga kisah ini menjadi bekalan kita untuk berhijrah menuju kehidupan yang berasaskan Iman, Islam dan Ihsan sebagai usaha mencontohi apa yang telah dicontohkan Rasulullah.

SUMBER : Majalah I, Disember 2011. Susunan : Ahmad Yani Abd Manaf, m/s 67 -70

Kisah Kesabaran Nabi Ismail (Sejarah Hari Idul Adha)

October 14, 2010 at 8:20pm
Pada suatu hari, Nabi Ibrahim AS menyembelih kurban fisabilillah berupa 1.000 ekor domba, 300 ekor sapi, dan 100 ekor unta. Banyak orang mengaguminya, bahkan para malaikat pun terkagum-kagum atas kurbannya.

“Kurban sejumlah itu bagiku belum apa-apa. Demi Allah! Seandainya aku memiliki anak lelaki, pasti akan aku sembelih karena Allah dan aku kurbankan kepada-Nya,” kata Nabi Ibrahim AS, sebagai ungkapan karena Sarah, istri Nabi Ibrahim belum juga mengandung.

Kemudian Sarah menyarankan Ibrahim agar menikahi Hajar, budaknya yang negro, yang diperoleh dari Mesir. Ketika berada di daerah Baitul Maqdis, beliau berdoa kepada Allah SWT agar dikaruniai seorang anak, dan doa beliau dikabulkan Allah SWT. Ada yang mengatakan saat itu usia Ibrahim mencapai 99 tahun. Dan karena demikian lamanya maka anak itu diberi nama Isma'il, artinya "Allah telah mendengar". Sebagai ungkapan kegembiraan karena akhirnya memiliki putra, seolah Ibrahim berseru: "Allah mendengar doaku".

Ketika usia Ismail menginjak kira-kira 7 tahun (ada pula yang berpendapat 13 tahun), pada malam tarwiyah, hari ke-8 di bulan Dzulhijjah, Nabi Ibrahim AS bermimpi ada seruan, “Hai Ibrahim! Penuhilah nazarmu (janjimu).”

Pagi harinya, beliau pun berpikir dan merenungkan arti mimpinya semalam. Apakah mimpi itu dari Allah SWT atau dari setan? Dari sinilah kemudian tanggal 8 Dzulhijah disebut sebagai hari tarwiyah (artinya, berpikir/merenung).

Pada malam ke-9 di bulan Dzulhijjah, beliau bermimpi sama dengan sebelumnya. Pagi harinya, beliau tahu dengan yakin mimpinya itu berasal dari Allah SWT. Dari sinilah hari ke-9 Dzulhijjah disebut dengan hari ‘Arafah (artinya mengetahui), dan bertepatan pula waktu itu beliau sedang berada di tanah Arafah.

Malam berikutnya lagi, beliau mimpi lagi dengan mimpi yang serupa. Maka, keesokan harinya, beliau bertekad untuk melaksanakan nazarnya (janjinya) itu. Karena itulah, hari itu disebut denga hari menyembelih kurban (yaumun nahr). Dalam riwayat lain dijelaskan, ketika Nabi Ibrahim AS bermimpi untuk yang pertama kalinya, maka beliau memilih domba-domba gemuk, sejumlah 100 ekor untuk disembelih sebagai kurban. Tiba-tiba api datang menyantapnya. Beliau mengira bahwa perintah dalam mimpi sudah terpenuhi. Untuk mimpi yang kedua kalinya, beliau memilih unta-unta gemuk sejumlah 100 ekor untuk disembelih sebagai kurban. Tiba-tiba api datang menyantapnya, dan beliau mengira perintah dalam mimpinya itu telah terpenuhi.

Pada mimpi untuk ketiga kalinya, seolah-olah ada yang menyeru, “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkanmu agar menyembelih putramu, Ismail.” Beliau terbangun seketika, langsung memeluk Ismail dan menangis hingga waktu Shubuh tiba. Untuk melaksanakan perintah Allah SWT tersebut, beliau menemui istrinya terlebih dahulu, Hajar (ibu Ismail). Beliau berkata, “Dandanilah putramu dengan pakaian yang paling bagus, sebab ia akan kuajak untuk bertamu kepada Allah.” Hajar pun segera mendandani Ismail dengan pakaian paling bagus serta meminyaki dan menyisir rambutnya.

Kemudian beliau bersama putranya berangkat menuju ke suatu lembah di daerah Mina dengan membawa tali dan sebilah pedang. Pada saat itu, Iblis terkutuk sangat luar biasa sibuknya dan belum pernah sesibuk itu. Mondar-mandir ke sana ke mari. Ismail yang melihatnya segera mendekati ayahnya.

“Hai Ibrahim! Tidakkah kau perhatikan anakmu yang tampan dan lucu itu?” seru Iblis.

“Benar, namun aku diperintahkan untuk itu (menyembelihnya),” jawab Nabi Ibrahim AS.

Setelah gagal membujuk ayahnya, Iblsi pun datang menemui ibunya, Hajar. “Mengapa kau hanya duduk-duduk tenang saja, padahal suamimu membawa anakmu untuk disembelih?” goda Iblis.

“Kau jangan berdusta padaku, mana mungkin seorang ayah membunuh anaknya?” jawab Hajar.

“Mengapa ia membawa tali dan sebilah pedang, kalau bukan untuk menyembelih putranya?” rayu Iblis lagi.

“Untuk apa seorang ayah membunuh anaknya?” jawab Hajar balik bertanya.

“Ia menyangka bahwa Allah memerintahkannya untuk itu”, goda Iblis meyakinkannya.

“Seorang Nabi tidak akan ditugasi untuk berbuat kebatilan. Seandainya itu benar, nyawaku sendiri pun siap dikorbankan demi tugasnya yang mulia itu, apalagi hanya dengan mengurbankan nyawa anaku, hal itu belum berarti apa-apa!” jawab Hajar dengan mantap.

Iblis gagal untuk kedua kalinya, namun ia tetap berusaha untuk menggagalkan upaya penyembelihan Ismail itu. Maka, ia pun menghampiri Ismail seraya membujuknya, “Hai Isma’il! Mengapa kau hanya bermain-main dan bersenang-senang saja, padahal ayahmu mengajakmu ketempat ini hanya untk menyembelihmu. Lihat, ia membawa tali dan sebilah pedang,”

“Kau dusta, memangnya kenapa ayah harus menyembelih diriku?” jawab Ismail dengan heran. “Ayahmu menyangka bahwa Allah memerintahkannya untuk itu” kata Iblis meyakinkannya.

“Demi perintah Allah! Aku siap mendengar, patuh, dan melaksanakan dengan sepenuh jiwa ragaku,” jawab Ismail dengan mantap.

Ketika Iblis hendak merayu dan menggodanya dengan kata-kata lain, mendadak Ismail memungut sejumlah kerikil ditanah, dan langsung melemparkannya ke arah Iblis hingga butalah matanya sebelah kiri. Maka, Iblis pun pergi dengan tangan hampa. Dari sinilah kemudian dikenal dengan kewajiban untuk melempar kerikil (jumrah) dalam ritual ibadah haji.

Sesampainya di Mina, Nabi Ibrahim AS berterus terang kepada putranya, “Wahai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu?…” (QS. Ash-Shâffât, [37]: 102).

“Ia (Ismail) menjawab, ‘Hai bapakku! Kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah! Kamu mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar” (QS. Ash-Shâffât, [37]: 102).

Mendengar jawaban putranya, legalah Nabi Ibrahim AS dan langsung ber-tahmid (mengucapkan Alhamdulillâh) sebanyak-banyaknya.

Untuk melaksanakan tugas ayahnya itu Ismail berpesan kepada ayahnya, “Wahai ayahanda! Ikatlah tanganku agar aku tidak bergerak-gerak sehingga merepotkan. Telungkupkanlah wajahku agar tidak terlihat oleh ayah, sehingga tidak timbul rasa iba. Singsingkanlah lengan baju ayah agar tidak terkena percikan darah sedikitpun sehingga bisa mengurangi pahalaku, dan jika ibu melihatnya tentu akan turut berduka.”

“Tajamkanlah pedang dan goreskan segera dileherku ini agar lebih mudah dan cepat proses mautnya. Lalu bawalah pulang bajuku dan serahkan kepada agar ibu agar menjadi kenangan baginya, serta sampaikan pula salamku kepadanya dengan berkata, ‘Wahai ibu! Bersabarlah dalam melaksanakan perintah Allah.’ Terakhir, janganlah ayah mengajak anak-anak lain ke rumah ibu sehingga ibu sehingga semakin menambah belasungkawa padaku, dan ketika ayah melihat anak lain yang sebaya denganku, janganlah dipandang seksama sehingga menimbulka rasa sedih di hati ayah,” sambung Isma'il.

Setelah mendengar pesan-pesan putranya itu, Nabi Ibrahim AS menjawab, “Sebaik-baik kawan dalam melaksanakan perintah Allah SWT adalah kau, wahai putraku tercinta!”

Kemudian Nabi Ibrahim as menggoreskan pedangnya sekuat tenaga ke bagian leher putranya yang telah diikat tangan dan kakinya, namun beliau tak mampu menggoresnya.

Ismail berkata, “Wahai ayahanda! Lepaskan tali pengikat tangan dan kakiku ini agar aku tidak dinilai terpaksa dalam menjalankan perintah-Nya. Goreskan lagi ke leherku agar para malaikat megetahui bahwa diriku taat kepada Allah SWT dalam menjalan perintah semata-mata karena-Nya.”

Nabi Ibrahim as melepaskan ikatan tangan dan kaki putranya, lalu beliau hadapkan wajah anaknya ke bumi dan langsung menggoreskan pedangnya ke leher putranya dengan sekuat tenaganya, namun beliau masih juga tak mampu melakukannya karena pedangnya selalu terpental. Tak puas dengan kemampuanya, beliau menghujamkan pedangnya kearah sebuah batu, dan batu itu pun terbelah menjadi dua bagian. “Hai pedang! Kau dapat membelah batu, tapi mengapa kau tak mampu menembus daging?” gerutu beliau.

Atas izin Allah SWT, pedang menjawab, “Hai Ibrahim! Kau menghendaki untuk menyembelih, sedangkan Allah penguasa semesta alam berfirman, ‘jangan disembelih’. Jika begitu, kenapa aku harus menentang perintah Allah?”

Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata (bagimu). Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” (QS. Ash-Shâffât, [37]: 106)

Menurut satu riwayat, bahwa Ismail diganti dengan seekor domba kibas yang dulu pernah dikurbankan oleh Habil dan selama itu domba itu hidup di surga. Malaikat Jibril datang membawa domba kibas itu dan ia masih sempat melihat Nabi Ibrahim AS menggoreskan pedangnya ke leher putranya. Dan pada saat itu juga semesta alam beserta seluruh isinya ber-takbir (Allâhu Akbar) mengagungkan kebesaran Allah SWT atas kesabaran kedua umat-Nya dalam menjalankan perintahnya. Melihat itu, malaikai Jibril terkagum-kagum lantas mengagungkan asma Allah, “Allâhu Akbar, Allâhu Akbar, Allâhu Akbar”. Nabi Ibrahim AS menyahut, “Lâ Ilâha Illallâhu wallâhu Akbar”. Ismail mengikutinya, “Allâhu Akbar wa lillâhil hamd”. Kemudian bacaan-bacaan tersebut dibaca pada setiap hari raya kurban (Idul Adha).

Sumber: Nasiruddin, S.Ag, MM, 2007, Kisah Orang-Orang Sabar, Republika, Jakarta
dengan beberapa perubahan

4 August 2013

Kutbah Raya 1434 H


KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 2 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ ….. فرمان الله دالم اية 30 سورة الروم: فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَ‌تَ اللَّـهِ الَّتِي فَطَرَ‌ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ‌ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ مقصودڽ:﴿ستله جلس کسساتن شرک ايت﴾ مک هادڤکنله ديريمو ﴿اڠکاو دان ڤڠيکوت-ڤڠيکوتمو، واهاي محمد﴾ کأرە اݢام يڠ جاٴوە دري کسساتن;﴿توروتله تروس﴾ اݢام الله، ياٴيت اݢام يڠ الله منچيڤتاکن مانسي ﴿دڠن کأداٴن برسديا دري سمولاجاديڽ﴾ اونتوق منريماڽ;تيدکله ڤاتوت اد سبارڠ ڤروبهن ڤد چيڤتاٴن الله ايت;ايتوله اݢام يڠ بتول لوروس، تتاڤي کباڽقكن مأنسي تيدق مڠتاهوي مسلمين دان مسلمات يڠ درحمتي الله, سلام عيدالفطري دأوچڤکن کڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. شکور يڠ تيدق ترهيڠݢ کيت فنجتكن كحضرة الله اتس نعمة هاري راي فطرة يڠ مروڤاکن هاري کݢمبيرأن کران داڤت ملقساناکن کواجيڤن برڤواسا رمضان دڠن بݢيتو برهارڤ ممڤيروليهي ڤهالا يڠ بسر دسيسي الله. کيت دعاءکن سموݢتربيه رمضان داڤت ملاهيرکن کيت سباݢاي همبا الله يڠ تروس استقامة دڠن عملن صالح والاو ڤون دلوار رمضان. کيت تيدق ماهو هاڽ منجادي ستاکت همبا رمضان سهاج يأيت باڽق برعبادة هاڽ کتيک رمضان سدڠکن بيلا برلالوڽ رمضان مسجد کمبالي سڤي, القرءان ترسيمڤن کمس دالم ألماري, کدکوت اونتوق ممبري, معصية جادي کڤرلوان ديري. همبا الله مڽمبوت هاري راي دالم دوا ڤراسأن يأيت ݢمبيرا کران داڤت منونايکن عبادة يڠ دڤرينته اوليه الله دان راس سديه کران برڤيسه دڠن رمضان يڠ بݢيتو باڽق کلبيهن سهيڠݢ ݢولوڠن اين سنتياس مڠهارڤکن اݢر رمضان برلڠسوڠ سڤنجڠ تاهون بوکنڽ سبولن سهاج. سدڠکن همبا رمضان بݢيتو ݢمبيرا دڠن برلالوڽ رمضان يڠ دأڠݢڤ ممببنکن سهيڠݢ ممنوهي سمبوتن هاري راي دڠن معصية ترماسوق مندده عورة, هيبورن ملمڤاو, ڤرݢأولن بيباس, ڤمبذيرن. عيدالفطري جوݢڤونچق کمناڠن مأنسي دالم ڤرتنتڠن انتارا عقل دان نفسو , کران ڤواسا اداله کأوڤايأن مأنسي اونتوق منوندوقکن دوروڠن نفسو يڠ سنتياس چندروڠ کڤد ڤلڠݢارن اجارن إسلام. عيدالفطري جوݢبرارتي کمبالي کڤد جاتي ديري مأنسي سباݢاي همبا الله, کڤد فطرة کجادين ماءنسي. د عالم روح لاݢي کيت تله مڠاکوي کأسأن الله دان برجنجي اونتوق منطاعتيث سباݢايمان دݢمبرکن دالم ايات 172 سورة الأعراف : وَإِذْ أَخَذَ رَ‌بُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِ‌هِمْ ذُرِّ‌يَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَ‌بِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ مقصودڽ : دان (إيڠتلهواهاي محمد) کتيک توهانمو مڠلوارکن ذرية انق٢ ادم (تورون-تمورون) دري (تولاڠ) بلاکڠ مريک, دان دي جاديکن مريک سقسي ترهادڤ ديري مريک سنديري, (سمبيل دي برتاڽ دڠن فرمانڽ): “بوکنکه اکو توهن کامو? ” مريک سموا منجاواب: “بنر (إڠکاوله توهن کامي) , کامي منجادي سقسي”. يڠ دمکين سوڤاي کامو تيدق برکات ڤد هاري قيامة كلق: “سسوڠݢوهڽ کامي اداله لالي (تيدق دبري ڤريڠاتن) تنتڠ (حقيقة توحيد) اين“ اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم ايات ١٦١-١٦٢ سورة الأنعام : قُلْ إِنَّنِي هَدَانِي رَ‌بِّي إِلَىٰ صِرَ‌اطٍ مُّسْتَقِيمٍ دِينًا قِيَمًا مِّلَّةَ إِبْرَ‌اهِيمَ حَنِيفًا ۚ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِ‌كِينَ ﴿١٦١﴾ قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَ‌بِّ الْعَالَمِينَ مقصودڽ : کاتاکنله (واهاي محمد): “سسوڠݢوهڽ اکو تله دبريکن ڤتونجوق هداية اوليه توهنکو کجالن يڠ بتول لوروس, (کڤد) اوݢام يڠ تتڤ تݢوه, يأيت اوݢام نبي إبراهيم يڠ اخلاص, دان تياداله دي دري اورڠ٢ مشرک”. کاتاکنله: “سسوڠݢوهڽ سمبهيڠکو دان عباداتکو , هيدوڤکو دان ماتيکو , هاڽله اونتوق الله توهن يڠ ممليهارا دان منتدبيرکن سکالين عالم. فطرة جوبرکاءيت دڠن حنيف يڠ برارتي سواتو صفة دالم ديري کيت يڠ چندروڠ مميهق کڤد کبأيقكن دان کبنارن. عيدالفطري سجاتي مروڤاکن سواتو کمناڠن سچارا باطينية اتاو روحانية دمان إي هاري ڤرتام اومة إسلام ڤولڠ دري ڤڠمبارأن کروحانين ستله سبولن برڤواسا دالم بولن رمضان . دالم ڤڠمبارأن ايت, کيت تله منيڠݢلکن سموا ڤرکارا يڠ دڬماري اوليه هوى نفسو کران الله دان ممبنتوق دالم ديري کيت سواتو ڤراسأن يڠ سنتياس ممرهاتي دان منجاديکن هاتي دان ايمان سباݢاي ڤڠاول يڠ سنتياس منجاݢ تيڠکه لاکو کيت. کمونچولن عيدالفطري اين مڠاخيري سواتو ڤرجالنن کروحانين يڠ ممرلوکن کصبران دان ليمڤه رحمة دري الله دان دسينيله برمولاڽ ڤرجالنن بارو يڠ مڠݢابوڠکن روح دان جسد يڠ بنر٢ توندوق ڤاتوه کڤد أراهن الله دسمڤيڠ منجأوهي لاراڠنڽ کيت بوکن سهاج ماهو کمبالي کڤد فطره دري سݢي اخلاق دان عبادة خصوص سهاج سباليقڽ دالم ستياڤ اسڤيک کهيدوڤن ترماسوق ڤوليتيق, سوسيال, ايکونومي دان سيباڬايڽ. القرءان مڠݢمبرکن باݢايمان ڤرجالنن دعوة نبي إبراهيم ترماسوق دالم ممبيناكعبة دبومي مکة يڠ اصلڽ برتوجوان اونتوق برعبادة کڤد الله نامون اخيرڽ دسليويڠکن دڠن ڤڽمبهن برهالا يڠ دلتق سکيتركعبة . ڤربواتن شرک ايت تروس برلاکو سهيڠڬله برلڠسوڠڽ ڤمبوکأن کوتا مکة ڤد بولن رمضان تاهون8 هجرة مک رسول الله تله برتيندق مڠهنچورکن سݢالا برهالا يڠ اد باݢي مڠمباليکن ڤرانن كعبة سباݢايمان اصل. ڤريستيوا برسجاره اين مڠاجر کيت بهاوا کݢاݢلن کمبالي کڤد اݢام فطره يأيتإسلام اکن مڽببکن کهنچورن دان ڤندريتأن. راماي مأنسي مڠڠݢڤ بهاوا ککايأن بوليه ممباوا بهاݢيا تتاڤي راماي مان جوتاون دهيمڤيت تکنن جيوا, مراساکن کمشهورن بوليه باوا کتناڠن تتاڤي راماي أرتيس يڠ ماتي بونوه ديري, برڤݢڠ بهاوا ڤڠکت بوليه جامين کسناڠن تتاڤي راماي ڤميمڤين يڠ هيدوڤ دبورو مسئلة. بݢيتو جوݢکݢاݢلن سيستيم چيڤتأن مأنسي دالم مڽلسيکن مسئلة اومت ترماسوق ڤوليتيق, ايکونومي, سوسيال کتيک إسلام ممباوا اوبت مجراب سباݢاي چارا ترباءيك اونتوق مڽمبوهڽ نامون عاقبة جاهيل دان واس-واس د کالڠن اومة إسلام سنديري کڤد سيستيم القرءان مڽببکن راچون دجاديکن اوبت ماناکالا اوبت دأڠݢڤ راچون بربيسا مسلمين دان مسلمات يڠ دحورماتي سکالين, فرمان الله دالم ايات ٤٩-٥٠ سورة المائدة : وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّـهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْ‌هُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّـهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِ‌يدُ اللَّـهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرً‌ا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ ﴿٤٩﴾ أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّـهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ مقصودڽ : دان هندقله اڠکاو منجالنکن حکوم دانتارا مريک دڠن اڤ يڠ تله دتورونکن اوليه الله دان جاڠنله اڠکاو منوروت کهندق هوى نفسو مريک, دان برجاڬا-جاڬاله سوڤايا مريک تيدق مميسوڠکانمو دري سسواتو حکوم يڠ تله دتورونکن اوليه الله کڤدمو . کمودين جيک مريک برڤاليڠ (إڠڬن منريما حکوم الله ايت) , مک کتاهويله , هاڽاساڽ الله ماهو مڽيقسا مريک دڠن سبب ستڠه دري دوسا-دوسا مريک دان سسوڠݢوهڽ کباڽقكن دري اومة مأنسي ايت اداله اورڠ٢ يڠ فاسق. سسوده ايت, ڤاتوتکه مريک برکهندق لاݢي کڤد حوکوم-حکوم جاهلية? ڤدحال تيدق اد سسياڤا يڠ بوليه ممبوات حکوم يڠ لبيه ڤد درڤد الله. القرءان يڠ کيت تدروس سڤنجڠ رمضان بوکن ستاکت اونتوق منداڤت ڤهالا دري سݢي ڤمباچأن تتاڤي واجب دفهمي ستروسڽ دعملکن دالم کهيدوڤن سهارين. کݢاݢلن دالم مڠيکوت القرءان ترماسوق کمبالي کڤد اݢام فطره ياءيت إسلام دالم ستياڤ اسڤيک کهيدوڤن مڽببکن کيت دبلڠݢو دڠن ڤلباݢاي مسئلة. بارو٢ اين باڽق نݢري يڠ ترڤقسا دإشتهاركن ضرورة دسببکن جربو عاقبة ڤمباکرن هوتن سچارا تربوک يڠ اخيرڽ ردا دڠن تورونڽ هوجن سلڤس باڽق تمڤت مڠاداکن صلاة استسقاء مينتا هوجن. کيت تيدق ماهو هاڽ کمبالي کڤد اݢام بيلا کأدأن ترسڤيت دان ڤاره سدڠکن کتيک دبري دڠن نعمت کسناڠن دان کميواهن بتاڤ راماي يڠ مڠاباي ڤرينته الله. بݢيتو جوݢستياڤ کالي مڽمبوت رمضان دان هاري راي سنتياس منيڠکت کيس مڠسا مرچون دان کمالاڠن جالنراي . تله اد چادڠن سوڤايا کمبالي کڤد سيستيم إسلام تراوتام دالم مناڠني مسئله کمالاڠن موت کران سيستيم إسلام ممبري کعاديلن دڠن ڤمڤاسن کڤد مڠسا اتاو کلوارݢبربنديڠ اوندڠ‌٢ سديا اد دبري کڤد نݢارا. ڤمندو يڠ چواي اکن انصاف اتس تيندقكن تݢس يڠ دکناکن سرتا ممبري ڤڠاجرن کڤد اورڠ لأين. مالڠڽ اي دڤندڠ سڤي دڠن لبيه مڠوتاماکن سيستيم يڠ بربنتوق مڠأوت کأونتوڠن بوکنڽ منديديق ترماسوق سامن automatik يڠ ببراڤ کالي دتڠڬوه اتس السن دکاجي سمولا بوکن دباطل تروس. بݢيتو جوݢکݢاݢلن کراجأن مناڠني مسئلة کنأيقكن هرݢبارڠ ترماسوق ايم, کڤرلوان داڤور, ݢاس مماسق, تيکيت بس دسمڤيڠ رعية مولا بيمبڠ دڠن أورا٢ کنأيقن تاريف ايليکتريک دان ميڽق. إسلام تله ممبري جالن کلوار ملالوءي ڤڠحرامن سيستيم manopoli , سوروق بارڠن سوڤايا نأيك هرݢ, ڤنيڤوان دان ڤنيندسن دالم مڠأوت کأونتوڠن. عاقبة مڠنڤيکن إسلام مک جورڠ انتارا ݢولوڠن کاي دان مسکين سماکين تيڠݢي يڠ منجادي انتارا فکتور کڤد منيڠکتڽ مسئلة سوسيال دان جناية دالم نݢارا اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ فرمان الله دالم ايات ١٢٢ سورة الأنعام : أَوَمَن كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورً‌ا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَن مَّثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِ‌جٍ مِّنْهَا ۚ كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِ‌ينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ماکسودڽا : دان اداکه اورڠ يڠ ماتي (هاتيڽ دڠن کفر) , کمودين کامي هيدوڤکن دي سمولا (دڠن هداية ڤتونجوق) , دان کامي جاديکن باڬيڽ چهاي (إيمان) يڠ منراڠي (سهيڠڬا داڤتله دي ممبيذاکن انتارا يڠ بنر دڠن يڠ ساله, دان داڤتله) دي برجالن دڠن سولوهن چهاي ايت دالم مشارکة مأنسي, (اداکه اورڠ يڠ دمکين کأدأنڽ) سام سڤرتي يڠ تيڠݢل تتڤ ددالم ݢلڤ-‌ݢليتا (کفر) , يڠ تيدق داڤت کلوار سام سکالي درڤدڽ? ديميکينله, دڤرليهتکن ڤولا ڤد ڤنداڠن اورڠ٢ يڠ کافير ايت اکن کإيلوقكن اڤ يڠ مريک تله لاکوکن (دري ڤربواتن کفر دان سݢالا جنيس معصية) انتارا ڤونچا ڬاڬلڽ اومة إسلام اونتوق کمبالي کڤد اݢام فطرة يأيتإسلام سچارا کسلوروهن کران تياد چهاي علمو اݢام سهيڠݢ مريک تيدق کنل انتارا حلال دان حرام, دوسا ڤهالا دان جوݢعاقبة هاتي ماتي کران ديري برݢلومڠ دڠن دوسا يڠ مڽببکن هاتي کراس دان ڤايه منريما کبنران. اوليه ايت ماريله کيت سام٢ ڤرکاساکن علمو اݢام دان مڠعملڽ دالم کهيدوڤن سهارين اݢر کيت بنر٢ دبريکن کتناڠن دان کبهاݢيأن د دنيا دان اخيرة. عاقبة کجاهيلن مڽببکن ماسيه أدا وانيتاإسلام مڽرتاءي ڤرتنديڠن راتو چنتيق دان براني ڤولا مڽڠݢه فتوى. کيت جوݢ ممينتا اݢر کراجأن ممبري ڤرهاتين سريوس کڤد ڤماکاين أتليت رنڠ, gimnastik, بينا بادن يڠ جلس منلنجڠکن مأنسي. بݢيتو جوݢڤڽديأن ستاديوم ترتوتوڤ خصوص اونتوق وانيتا اݢر مروة ترجاݢديمان باڽق کيس ڤنچابولن برلاکو سبلوم اين دتمبه لاݢي دڠن کيس ڤݢاواي ڤڠيريڠ وانيتا دروݢول کتيک برلڠسوڠڽ سوکن مليسيا (SUKMA) ك-16 بارو٢ اين. بݢيتو جوݢإعلان منجولوق مات داخبار, مجلة, Tv دان ڤاڤن تندا يڠ منجاتوهکن مروة وانيتا. ڤميمڤين ڤاتوت مالو کڤد ڤردانا منتري کمبوجا يڠ بوکن إسلام يڠ ملارڠ أرتيس مماکاي ڤاکاين منجولوق مات مونچول د کاچ Tv دسمڤيڠ مماستيکن سامي بودا مونچول د Tv اونتوق ممبري نصيحة اݢر رعية سنتياس منجاݢاسڤيک مورال دان تاتاسوسيلا. کيت جوݢبݢيتو بيمبڠ دڠن ڤنيڠکتن کيس جناية تيمبقكن مڠݢوناکن سنجات اڤي د مان ڤورات جملة 2 کيس برلاکو ستياڤ ميڠݢو سڤنجڠ 7 بولن تاهون اين دري جنواري هيڠݢ جولي. ميڠݢو لڤس سهاج 5 کيس تيمبقكن دلاڤورکن. ماله دعوأن سبواه لامن web ڤد جون لالو يڠ مڽاتاکن بهاوا کوالا لومڤور اداله بنداراي يڠ ك-6 ڤاليڠ بربهاي د دنيا عاقبة قدر جناية يڠ منيڠکت 70 ڤراتوس دالم تيمڤوه 3 تاهون سڤاتوتڽ دأمبيل ڤرهاتين بوکنڽ دتولق منته٢. رعيت بݢيتو بيمبڠ اڤابيلا کأدأن منونجوقکن سأوله-اوله باݢايمان سنجات اڤي بݢيتو موده دميليقي سهيڠݢ جامينن کسلامتن رعيت ترانچم. جيک بنر اي برلاکو اتس السن ککورڠن اڠݢوتا کسلامتن دان سنجات مک اي مستي دتاڠني سݢرا. کيت اومةإسلام يڠ برڤݢڠ تݢوه کڤد القرءان برتمبه يقين بهاوا کيس جناية دان سوسيال يڠ برلاکو دالم نݢارا ممڤو دتاڠني دڠن کمبالي ملقساناکن سيستيم القرءان دالم نݢارا. کݢاݢلن دمي کݢاݢلن سيستيم چيڤتأن ماءنسي سماکين مڠنچم ڽاوا دان کأمانن نݢارا. إسلامله نسچاي کيت سلامت دنيا اخيرة. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …فرمان الله دالم ايات ٢٢ سورة الأحزاب : وَلَمَّا رَ‌أَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا مقصودڽ : دان ڤد ماس اورڠ٢ يڠ برايمان مليهت تنترا أحزاب, برکاتله مريک: ” اينيله يڠ تله دجنجيکن الله دان رسولڽ کڤد کامي دان بنرله (اڤا يڠ تله دجنجيکن) الله دان رسولڽ “. دان (اڠکاتن تنترا موسوه يڠ مريک ليهت) ايت تيدق ممبري سبارڠ کسن کڤد مريک سلأين درڤد منمبهکن ايمان دان ڤڽرهن ديري مريک بولت٢ کڤد الله مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله ستياڤ کالي مڽمبوت هاري راي, اومة إسلام سلوروه دنيا اکن ملأوڠکن کلمة يڠ مڠيڠتکن تنتڠ کمناڠن ݢميلڠ تنتراإسلام كأتس تنترا أحزاب اتاو برسکوتو کفار . ڤد هاري اين کيت تروس بردڤن دڠن تنترا سکوتو کفار سمأدا دڠن سنجات ماهو ڤون ديموقراسي. کفار ݢرون دان تاکوت کڤد إسلام کران 4 سبب اوتام يأيت [1]: ڤڠݢانس کفار تاکوتکن إسلام کرانإسلام ممبنتوق کساتوان اومة سباݢايمان اوچڤن ڤريسيق إسرائيل بهاوا ڤڠڬوليڠن کراجأن ڤيليهن رعية کران بيمبڠ مصر اکن ملقساناکن شريعةإسلام دان مڠمباليکن سيستيم خلافةإسلام يڠ سڤاستيڽ اکن مڠݢوݢت کڤنتيڠن موسوهإسلام تراوتام يهودي إسرائيل فرمان الله دالم ايات ٩٢ سورة الأنبياء : إِنَّ هَـٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَ‌بُّكُمْ فَاعْبُدُونِ مقصودڽ: سسوڠݢوهڽ اين, اومة کامو واهاي موءمنين اومة يڠ ساتو دان اکو اداله توهنمو مک سمبهله اکو. [2]کفار تاکوتکنإسلام کران ڤمرينتهن ربّاني د مان سموا سيستيم هيدوڤ براساسکن اڤ يڠ تله دتورونکن اوليه الله ملالوي رسولڽ بوکنڽ برداسرکن سيستيم چيڤتأن مأنسي. يهودي براس بيمبڠ جک سيستيم ربا تيدق لاݢي دݢوناکن اوليه اومة إسلام مڽببکن ايکونومي مريک مرودوم [3] کفار تاکوتکن إسلام کران ڤميمڤين يڠ دلاهيرکن اوليهإسلام مروڤاکن ڤميمڤين يڠ بنر٢ لايق ممرينته دڠن صفة دان أخلاقڽ يڠ بأيك سرتا کڤاتوهنڽ دالم ملقساناکن سݢالا حکوم إسلام. بيلا تياد لاݢي ڤميمڤين رشوة, ڤچه امانة دان ݢيلا کواس ممبوليهکن ککايأن نݢارا مڠالير دڠن عاديل کڤد رعية جلات يڠ مڽببکن کفارسوسه اونتوق ممچهبلهکن کساتوان اومةإسلام [4] كفار تاکوتکنإسلام کران سسأورڠإسلام هاڽ ممبري ولأ اتاو توندوق ڤاتوه هاڽ کڤد الله. اين مڽببکن تياد لاݢي ڤميمڤينإسلام يڠ منجادي کودا توڠݢڠن کڤد يهودي دان سکوتوڽ سهيڠݢ ڤنجاجهن ترهادڤ اومتإسلام براخير سموݢ براداڽ کيت د بولن شوال يڠ مروڤاکن بولن کساتوان دان کاسيه سايڠ اکن ممبوک ڤلواڠ يڠ ترباءيك اونتوق سلوروه اومتإسلام کمبالي برساتو اتس داسرإسلام دالم مڠهنتيکن ڤمبونوهن ترهادڤ رعيت سنديري دشريا , مڠمباليکن کراجأن ڤيليهن رعيت دمصر, مڠوبورکن کظاليمن يهودي دفلسطين , مڽکت ڤنينداسن ترهادڤ بڠساRonghiya د Myanmar. سمو ݢکداتڠن شوال ممبري سينر کبهاݢيأن کڤد سلوروه اومة إسلام اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ سلام عيد الفطري دأوچڤکن کڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات.باڽقکن برصدقه اݢر مريک يڠ ممرلوکن بنتوان توروت برݢمبيرا دان زياراهيله سانق ساودارا ڤد هاري يڠ موليا اين باݢي مراڤتکن لاݢي تالي ڤرساودارأن.ربوتله ڤلواڠ اونتوق منمبهکن ساهم اخيرة دڠن برڤواسا انم هاري دبولن شوال باݢي مڽاهوت سبدا نبي صلى الله عليه وسلم : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) ماقصودڽ : سسياڤا يڠ تله برڤواسا فرض رمضان کمودين دإيکوتي ڤولا دڠن برڤواسا انم هاري د بولن شوال مک اداله ڤاهالاڽ سڤرتي دي برڤواسا سڤنجڠ تاهون. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى مصر وَفِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وَفِى Myanmar وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ . اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ , اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ Filed under: Khutbah Aidil Fitri, Khutbah Terbaru, خطبة جاوي | 1 Komen » Khutbah Aidil Fitri 1434H Posted on Ogos 4, 2013 by ekhutbah KHUTBAH PERTAMA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِىوَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Firman Allah dalam ayat 30 surah ar-Ruum : فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَ‌تَ اللَّـهِ الَّتِي فَطَرَ‌ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ‌ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ Maksudnya : (Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, Salam Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Syukur yang tidak terhingga kita rafakkan ke hadrat Allah atas nikmat Hari Raya Fitrah yang merupakan hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan berpuasa Ramadhan dengan begitu berharap memperolehi pahala yang besar di sisi Allah. Kita doakan semoga tarbiah Ramadhan dapat melahirkan kita sebagai hamba Allah yang terus istiqamah dengan amalan soleh walau pun di luar Ramadhan. Kita tidak mahu hanya menjaga setakat hamba Ramadhan sahaja iaitu banyak beribadat hanya ketika Ramadhan sedangkan bila berlalunya Ramadhan masjid kembali sepi, al-Quran tersimpan kemas dalam almari, kedekut untuk memberi, maksiat jadi keperluan diri. Hamba Allah menyambut hari raya dalam 2 perasaan iaitu gembira kerana dapat menunaikan ibadat yang diperintah oleh Allah dan rasa sedih kerana berpisah dengan Ramadhan yang begitu banyak kelebihan sehingga golongan ini sentiasa mengharapkan agar Ramadhan berlangsung sepanjang tahun bukannya sebulan sahaja. Sedangkan hamba Ramadhan begitu gembira dengan berlalunya Ramdhan yang dianggap membebankan sehingga memenuhi sambutan hari raya dengan maksiat termasuk mendedah aurat, hiburan melampau, pergaulan bebas, pembaziran. Aidilfitri juga puncak kemenangan manusia dalam pertentangan antara akal dan nafsunya, kerana puasa adalah keupayaan manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada pelanggaran ajaran Islam. Aidilfitri juga bererti kembali kepada jati diri manusia sebagai hamba Allah, kepada fitrah kejadian manusia. Di alam alam ruh lagi kita telah mengakui keEsaan Allah dan berjanji untuk mentaatiNya sebagaimana digambarkan dalam ayat 172 surah al-A’araf : وَإِذْ أَخَذَ رَ‌بُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِ‌هِمْ ذُرِّ‌يَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَ‌بِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَافِلِينَ Maksudnya : Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku Tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari qiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini” اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 161-162 surah al-An’am : قُلْ إِنَّنِي هَدَانِي رَ‌بِّي إِلَىٰ صِرَ‌اطٍ مُّسْتَقِيمٍ دِينًا قِيَمًا مِّلَّةَ إِبْرَ‌اهِيمَ حَنِيفًا ۚ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِ‌كِينَ ﴿١٦١﴾ قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَ‌بِّ الْعَالَمِينَ Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik”. Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Fitrah juga berkait dengan hanif yang bererti suatu sifat dalam diri kita yang cenderung memihak kepada kebaikan dan kebenaran. Aidilfitri sejati merupakan suatu kemenangan secara batiniah atau rohaniah di mana ia hari pertama umat Islam pulang dari pengembaraan kerohanian setelah sebulan berpuasa dalam bulan Ramadhan. Dalam pengembaraan itu, kita telah meninggalkan semua perkara yang digemari oleh hawa nafsu kerana Allah dan membentuk dalam diri kita suatu perasaan yang sentiasa memerhati dan menjadikan hati dan iman sebagai pengawal yang sentiasa menjaga tingkah laku kita. Kemunculan Aidilfitri ini mengakhiri suatu perjalanan kerohanian yang memerlukan kesabaran dan limpah rahmat dari Allah dan di sinilah bermulanya perjalanan baru yang menggabungkan roh dan jasad yang benar-benar tunduk patuh kepada arahan Allah disamping menjauhi laranganNya Kita bukan sahaja mahu kembali kepada fitrah dari segi akhlak dan ibadat khusus sahaja sebaliknya dalam setiap aspek kehidupan termasuk politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Al-Quran menggambarkan bagaimana perjalanan dakwah nabi Ibrahim a.s termasuk dalam membina Ka’abah di bumi Mekah yang asalnya bertujuan untuk beribadat kepada Allah namun akhirnya diselewengkan dengan penyembahan berhala yang diletak sekitar Ka’abah. Perbuatan syirik itu terus berlaku sehinggalah berlangsungnya pembukaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun 8H maka Rasulullah s.a.w telah bertindak menghancurkan segala berhala yang ada bagi mengembalikan peranan Ka’abah sebagaimana asal. Peristiwa bersejarah ini mengajar kita bahawa kegagalan kembali kepada agama Fitrah iaitu Islam akan menyebabkan kehancuran dan penderitaan. Ramai manusia menganggap bahawa kekayaan boleh membawa bahagia tetapi ramai mana jutawan dihimpit tekanan jiwa, merasakan kemasyhuran boleh bawa ketenangan tetapi ramai artis yang mati bunuh diri, berpegang bahawa pangkat boleh jamin kesenangan tetapi ramai pemimpin yang hidup diburu masalah. Begitu juga kegagalan system ciptaan manusia dalam menyelesaikan masalah umat termasuk politik, ekonomi, sosial ketika Islam membawa ubat mujarrab sebagai cara terbaik untuk menyembuhnya namun akibat jahil dan was-was di kalangan umat Islam sendiri kepada system al-Quran menyebabkan racun dijadikan ubat manakala ubat dianggap racun berbisa Muslimin/mat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 49-50 surah al-Maidah : وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّـهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْ‌هُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّـهُ إِلَيْكَ ۖ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِ‌يدُ اللَّـهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ ۗ وَإِنَّ كَثِيرً‌ا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ ﴿٤٩﴾ أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّـهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ Maksudnya : Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. Al-Quran yang kita tadarrus sepanjang Ramadhan bukan setakat untuk mendapat pahala dari segi pembacaan tetapi wajib difahami seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Kegagalan dalam mengikut al-Quran termasuk kembali kepada agama Fitrah iaitu Islam dalam setiap aspek kehidupan menyebabkan kita dibelenggu dengan pelbagai masalah. Baru-baru ini banyak negeri yang terpaksa diisytihar darurat disebabkan jerebu akibat pembakaran hutan secara terbuka yang akhirnya reda dengan turunnya hujan selepas banyak tempat mengadakan solat Istisqa’ minta hujan. Kita tidak mahu hanya kembali kepada agama bila keadaan tersepit dan parah sedangkan ketika diberi dengan nikmat kesenangan dan kemewahan betapa ramai yang mengabai perintah Allah. Begitu juga setiap kali menyambut Ramadhan dan hari raya sentiasa meningkat kes mangsa mercun dan kemalangan jalanraya. Telah ada cadangan supaya kembali kepada system Islam terutama dalam menangani masalah kemalangan maut kerana system Islam memberi keadilan dengan pampasan kepada mangsa atau keluarga berbanding undang-undang sedia ada diberi kepada Negara. Pemandu yang cuai akan insaf atas tindakan tegas yang dikenakan serta memberi pengajaran kepada orang lain. Malangnya ia dipandang sepi dengan lebih mengutamakan system yang berbentuk mengaut keuntungan bukannya mendidik termasuk saman automatik yang beberapa kali ditangguh atas alasan dikaji semula bukan dibatal terus. Begitu juga kegagalan kerajaan menangani masalah kenaikan harga barang termasuk ayam, keperluan dapur, gas memasak, tiket bas disamping rakyat mula bimbang dengan ura-ura kenaikan tarif elektrik dan minyak. Islam telah memberi jalan keluar melalui pengharaman system manopoli, sorok barangan supaya naik harga, penipuan dan penindasan dalam mengaut keuntungan. Akibat mengenepikan Islam maka jurang antara golongan kaya dan miskin semakin tinggi yang menjadi antara faktor kepada meningkatnya masalah sosial dan jenayah dalam negara اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Firman Allah dalam ayat 122 surah al-An’am : أَوَمَن كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورً‌ا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَن مَّثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِ‌جٍ مِّنْهَا ۚ كَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِ‌ينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ Maksudnya : Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah, diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat) Antara punca gagalnya umat Islam untuk kembali kepada agama Fitrah iaitu Islam secara keseluruhan kerana tiada cahaya ilmu agama sehingga mereka tidak kenal antara halal dan haram, dosa pahala dan juga akibat hati mati kerana diri bergelumang dengan dosa yang menyebabkan hati keras dan payah menerima kebenaran. Oleh itu marilah kita sama-sama perkasakan ilmu agama dan pengamalannya dalam kehidupan seharian agar kita benar-benar diberikan ketenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Akibat kejahilan menyebabkan masih ada wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik dan berani pula menyanggah fatwa. Kita juga meminta agar kerajaan memberi perhatian serius kepada pemakaian atlit renang, gimnastik, bina badan yang jelas menelanjangkan manusia. Begitu juga penyediaan stadium tertutup khusus untuk wanita agar maruah terjaga di mana banyak kes pencabulan berlaku sebelum ini ditambah lagi dengan kes pegawai pengiring wanita dirogol ketika berlangsungnya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 baru-baru ini. Begitu juga iklan seksi di akhbar, majalah, TV dan papan tanda yang menjatuhkan maruah wanita. Pemimpin patut malu kepada Perdana Menteri Kemboja yang bukan Islam yang melarang artis memakai pakaian menjolok mata muncul di kaca TV disamping memastikan sami Budha muncul di TV untuk memberi nasihat agar rakyat sentiasa menjaga aspek moral dan tatasusila. Kita juga begitu bimbang dengan peningkatan kes jenayah tembakan menggunakan senjata api di mana purata sejumlah 2 kes berlaku setiap minggu sepanjang 7 bulan tahun ini dari Januari hingga Julai. Minggu lepas sahaja 5 kes tembakan dilaporkan. Malah dakwaan sebuah laman web pada Jun lalu yang menyatakan bahawa Kuala Lumpur adalah bandaraya yang ke-6 paling berbahaya di dunia akibat kadar jenayah yang meningkat 70 peratus dalam tempoh 3 tahun sepatutnya diambil perhatian bukannya ditolak mentah-mentah. Rakyat begitu bimbang apabila keadaan menunjukkan seolah-olah bagaimana senjata api begitu mudah dimiliki sehingga jaminan keselamatan rakyat terancam. Jika benar ia berlaku atas alasan kekurangan anggota keselamatan dan senjata maka ia mesti ditangani segera. Kita umat Islam yang berpegang teguh kepada al-Quran bertambah yakin bahawa kes jenayah dan social yang berlaku dalam Negara mampu ditangani dengan kembali melaksanakan system al-Quran dalam Negara. Kegagalan demi kegagalan system ciptaan manusia semakin mengancam nyawa dan keamanan negara. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ KHUTBAH KEDUA اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Ahzab : وَلَمَّا رَ‌أَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ وَصَدَقَ اللَّـهُ وَرَ‌سُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا Maksudnya : Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:” Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya”. Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah Muslimin/mat yang dirahmati Allah Setiap kali menyambut hari raya, umat Islam seluruh dunia akan melaungkan kalimah yang mengingatkan tentang kemenangan gemilang tentera Islam ke atas tentera Ahzah atau bersekutu Kuffar. Pada hari ini kita terus berdepan dengan tentera sekutu kuffar samada dengan senjata mahu pun demokrasi. Kuffar gerun dan takut kepada Islam kerana 4 sebab utama iaitu [1] : Pengganas Kuffar takutkan Islam kerana Islam membentuk kesatuan ummah sebagaimana ucapan perisik Israel bahawa penggulingan kerajaan pilihan rakyat kerana bimbang Mesir akan melaksanakan syariat Islam dan mengembalikan system Khilafah Islam yang sepastinya akan menggugat kepentingan musuh Islam terutama zionis yahudi Israel Firman Allah dalam ayat 92 surah al-Anbiya’ : إِنَّ هَـٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَ‌بُّكُمْ فَاعْبُدُونِ Maksudnya : Sesungguhnya ini, umat kamu wahai mukminin umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu maka sembahlah Aku. [2] kuffar takutkan Islam kerana pemerintahan Rabbani di mana semua system hidup berasaskan apa yang telah diturunkan oleh Allah melalui rasulNya bukannya berdasarkan system ciptaan manusia. Yahudi berasa bimbang jika system riba tidak lagi digunakan oleh umat Islam menyebabkan ekonomi mereka merudum [3] kuffar takutkan Islam kerana pemimpin yang dilahirkan oleh Islam merupakan pemimpin yang benar-benar layak memerintah dengan sifat dan akhlaknya yang baik serta kepatuhannya dalam melaksanakan segala hukum Islam. Bila tiada lagi pemimpin rasuah, pecah amanah dan gila kuasa membolehkan kekayaan Negara mengalir dengan adil kepada rakyat jelata yang menyebabkan kuffar susah untuk memecahbelahkan kesatuan umat Islam [4] Kuffar takutkan Islam kerana seseorang Islam hanya memberi wala’ atau tunduk patuh hanya kepada Allah. Ini menyebabkan tiada lagi pemimpin Islam yang menjadi kuda tunggangan kepada yahudi dan sekutunya sehingga penjajahan terhadap umat Islam berakhir. Semoga beradanya kita di bulan Syawal yang merupakan bulan kesatuan dan kasih sayang akan membuka peluang yang terbaik untuk seluruh umat Islam kembali bersatu atas dasar Islam dalam menghentikan pembunuhan terhadap rakyat sendiri di Syria, mengembalikan kerajaan pilihan rakyat di Mesir, menguburkan kezaliman zionis yahudi di Palestin, menyekat penindasan terhadap bangsa Ronghiya di Myanmar. Semoga kedatangan Syawal memberi sinar kebahagiaan kepada seluruh umat Islam اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ Salam Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم ) Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْإِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى مصر وَفِى فَلَسْطِين وَفِى سوريا وَفِى Myanmar وَفِى تَايْلَنْدِوَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْعِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ .اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ،وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِتَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِوَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَيَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَىوَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَاخَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ Rujuk :http://ekhutbah.wordpress.com/

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates