4 April 2013

Makan Cara Sunnah Yang Dicari ?

kajian kali ini ialah mendekati kepada kecintaan Nabi dan mendalami Al-Quran untuk dipraktikkan dalam kehidupan harian.

Nabi Muhammad bersbda,’’Rumah tanpa kurma bagai rumah tanpa makanan.’’ Diriwayatkan pula bahwa Nabi menyantap mentimun dengan kurma matang. (HR Abu Dawud).

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu? Pahala yang berlipat ganda dan Keberkatan.

ADAB MAKAN

1. Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan.

2. Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan.

3. Makan dengan menggunakan 3 jari.

4. Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”

5. Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. A

6. Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“

7. Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi.

8. Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita lebih-lebih lagi yang dah berkahwin.

9. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.

10. Menutupi makanan jika tidak makan

11. Tidak tidur selepas makan.

12. Jangan terlalu banyak jenis lauk/makanan

13. Makan dalam keadaan gembira bukan dalam kekecewaan dan kesedihan.

14. Jangan makan makanan/minuman yang terlalu panas (tapi orang kite kalau tak panas tak best)

15. Kunyah makanan hingga lumat (hadis sebut sampai 33, 70 dan 77 kali kunyahan)

16. Tidak makan daging setiap hari, tetapi berselang hari.

17. Makan ramai-ramai.

18. Cuci tangan sebelum dan selepas makan.

19. Dan yang terkahir sekali, Makan buah-buahan dahulu sebelum makan makanan utama. Terbalik la pula, kita makan buah last sekali, kononnya pencuci mulut.


8 makanan Sunnah yang baik untuk kesihatan:


KISMIS,
KURMA MADU,
KURMA AJWAH,
MADU,
BUAH TIIN,
MINYAK ZAITUN,
ZA’FARAN,
HABBATUS SAUDA’,
KARAPS (BIJIRIN),
ZANJABIL (UBI TUMBUHAN),
KHARDAL (BIJIRIN),
BARLI/TALBINAH , (SYAEER),
LIMAU (UTRUJJ),
SUSU KAMBING,
ROTI (KHUBZ).

Selain itu juga Nabi makan daging kambing (bukan setiap hari)

Antara Makanan Yang disebut dalam al-quran

1. Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:68)
”Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima.

2. Halia. Firman Allah (Q:76:17)
Maksudnya: “Dan mereka dalam syurga itu ,diberi minum sejenis minuman yang dicampurkanya dari halia.(zanjabil)

3. Tamar dan Ruthob (Kurma kering dan basah). Firman Allah:
Maksud: “Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. “Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan

4. Anggur. Allah Taala telah menyebut mengenai buah Anggur di dalam Al-Quran sebanyak 6 kali. Semua perkara yang berkaitan dengan buah anggur di dalam Al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah kepada hambanya.

5. Madu Lebah. Firman Allah: (Q:16:68-69)

Maksudnya: “Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah “hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir.

6. Buah Tin. Allah berfirman :
“Demi Buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman...”

7. Zaitun. Allah berfirman Surah An-Nur [Ayat 35]
“..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya.

8. Zanjabil terdapat dalam Al-Quran, surah Al-Insan ayat 18,
Maksudnya : “.....mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman campurannya zanjabil.”

9. Susu. Surah An Nahl : 66.
"Dan Sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya."

10. Daging Burung: Al-Waqiah : 21
"Dan daging burung dari apa yang mereka inginkan."

11. Susu Ibu [Al-Baqarah:233]
"Para ibu hendaklah menyusukan anaknya selama 2 tahun penuh"

12. Adas. Adas adalah makanan yang disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61
"Dan (ingatlah), ketika kamu berkata: "Hai Musa, kami tidak sabar (tahan) dengan satu jenis makanan sahaja. sebab itu mohonkanlah untuk kami kepada Tuhanmu, agar dia mengeluarkan bagi kami dari apa yang ditumbuhkan bumi, iaitu sayur-mayurnya, ketimunnya, bawang putihnya, kacang adasnya, dan bawang merahnya".

0 Ulasan:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates