9 August 2011

Soalan Kuiz Ramadhan 1432 H (Minggu Pertama dan kedua)

1. Apakah maksud puasa pada bahasa dan istilah ?
2. Nyatakan dua rukun puasa.
3. Senaraikan 5 perkara sunat ketika puasa Ramadhan.
4. Nyatakan 5 perkara yang membatalkan puasa.
5. Senaraikan 3 perkara makruh ketika berpuasa.
6. Nyatakan 3 jenis puasa yang wajib kita tunaikan.
7. Senaraikan tiga golongan yang diharuskan berbuka puasa, dan diwajibkan qada dan fidyah.
8. Fadhilah meninggalkan puasa sebulan kerana nifas selepas melahirkan anak bermula 1 hingga 30 Ramadhan. Apakah yang perlu dilakukan oleh Fadhilah selepas 1 Syawal ?
9. Ali tidak dapat menghabiskan puasa qada 15 hari pada Ramadhan 1431 tahun lepas hingga 30 Syaaban 1432. Apakah yang wajib Ali lakukan terhadap puasa yang belum sempat qada pada tahun 1432 selepas 1 Syawal. ?
10. En. Osman menerima cahaya mata yang ke 7 pada 30 Ramadahan 1432. Berapakah kadar zakat fitrah yang wajib di keluarkan oleh beliau pada Ramadhan 1432.
11. Berapakah kadar zakat padi yang wajib dikeluarkan oleh seorang pesawah yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk mengusahakan tanaman padi pada tahun ini, jika hasil padinya mencapai 20 ton daripada 20 relong sawahnya.


Kumpulkan jawapan soalan minggu pertama, kedua, ketiga dan keempat. Kemudian hantar kepada Ustazah Hjh. Norzah binti Din, Ustaz Abd Haris bin Zakaria atau sham77smkmd@yahoo dalam bentuk word. ( Tulis nama penuh, dan tingkatan ). Hantar pada atau sebelum tarikh tutup penyertaan. 

0 Ulasan:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates