28 July 2011

Terapi solat penyembuh kanser ?


Badan Sihat...Ibadat Diterima...

Sebagai persediaan kedatangan bulan Ramadhan Mubarak yang bakal menjelma tidak lama lagi, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) telah menganjurkan Seminar Sains Solat (Edisi Ramadhan) pada 19 Julai 2011 (Selasa).
 
Dewan Sheikh Daud al-Fathoni, MTMZA telah menjadi saksi kepada sambutan yang amat menggalakan dari pelbagai agensi dan masyarakat umum terhadap seminar yang diadakan kali ini dengan jumlah hampir 400 orang peserta dari Putrajaya, Kuala Lumpur dan negeri Perak serta Pahang. Kebanyakan peserta tidak berganjak dari pagi hingga ke akhir seminar kerana asyik memberi fokus terhadap perbincangan dan pendedahan oleh Ketua Penyelidik Kajian Sains Solat iaitu YBhg. Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim dari Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya.
 
Seminar yang diadakan ini bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan eksklusif kepada peserta bahawa solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian semata-mata tetapi terbukti mempunyai 1001 hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama dalam meningkatkan tahap kesihatan manusia. Selain itu, ianya juga bagi menyampaikan maklumat hasil daripada Projek Penyelidikan Biokejuruteraan Solat Universiti Malaya kepada masyarakat Negara ini.
 
Sepanjang seminar ini 2 topik utama telah dibincangkan iaitu Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di dalam Solat; dan Kesan Solat Terawih serta Puasa Terhadap Komposisi Badan. Pada akhir seminar pula YBhg. Tn. Hj. Abd. Rani bin Osman, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah sudi menyampaikan cenderamata kepada penceramah seminar ini. Semoga dengan maklumat yang disampaikan melalui seminar ini akan member manfaat kepada umat Islam khususnya dan non-muslim secara amnya.
 
jakim image
 
jakim image
 
jakim image
 
jakim image
 
jakim image

0 Ulasan:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates